13 min article

Kuki, suar web dan teknologi yang serupa ("Notis Kuki")

Notis Kuki kami memperincikan semua maklumat yang berkaitan berkenaan penggunaan kuki, suar web dan teknologi yang serupa berkaitan dengan laman web, aplikasi, perkhidmatan, produk dan alat eBay (secara kolektifnya "Perkhidmatan") dan pilihan anda dalam perkara ini.

Notis Kuki ini telah dikemaskinikan pada 23 Februari, 2022.

Pilihan anda sekilas pandang:

Pengguna di Kawasan Ekonomi Eropah ("EEA"), Switzerland dan UK
Anda boleh mengunjungi halaman tetapan khusus - dibuka dalam tetingkap atau tab baharu kami untuk menentukan sama ada anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi yang serupa oleh rakan kongsi pihak ketiga kami untuk tujuan pengiklanan dan pemperibadian kandungan, pengukuran dan analitik. Menarik balik persetujuan: Anda juga boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa pada masa akan datang.
Menarik balik persetujuan anda
Semua pengguna lain
Anda boleh mengunjungi halaman pilihan pengiklanan - dibuka dalam tetingkap atau tab baharu (AdChoice) kami untuk menyesuaikan tetapan bagi penggunaan aktiviti eBay anda untuk tujuan pengiklanan disesuaikan.

Ketahui lebih lanjut tentang pilihan anda.

 

Notis Kuki ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Notis Privasi Pengguna, dan terpakai tanpa mengira cara anda mengakses dan menggunakan Perkhidmatan kami, termasuk akses melalui peranti mudah alih dan aplikasi.

1. Maklumat mengenai teknologi yang kami gunakan

Apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami, kami dan penyedia pihak ketiga yang dibenarkan menggunakan kuki dan teknologi yang serupa (yang akan kami rujuk secara kolektif sebagai 'kuki'). Kami menggunakan dua jenis kuki utama: satu yang tidak akan disimpan pada peranti anda atau yang hanya akan disimpan pada peranti anda selama mana pelayar anda aktif (digelar kuki sesi); dan satu lagi yang akan disimpan pada peranti anda untuk tempoh yang lebih lama (digelar kuki berterusan). Kami mengambil langkah keselamatan yang wajar untuk mencegah akses yang tidak dibenarkan pada kuki kami.

Kuki yang digunakan berhubungan dengan Perkhidmatan mempunyai pelbagai fungsi:

  • Ia mungkin (dari segi teknikal) diperlukan untuk penyediaan Perkhidmatan kami
  • Ia membantu kami meningkatkan Perkhidmatan kami dari segi teknikal (cth., pemantauan mesej kesilapan dan masa memuat)
  • Ia membantu kami untuk mengenal pasti anda supaya kami boleh meningkatkan pengalaman pengguna anda (cth., dengan menyimpan saiz fon dan data yang dimasukkan dalam borang web)
  • Ia membolehkan kami untuk menunjukkan kepada anda iklan yang lebih relevan

1.1 Apakah kuki, suar web dan teknologi yang serupa?

Kuki

Kuki adalah fail-fail teks kecil yang ditempatkan dalam memori pelayar atau peranti anda apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami, secara khususnya apabila anda melawat laman web kami atau apabila anda membuka mesej. Kuki membolehkan pengecaman peranti atau pelayar yang tertentu. Terdapat jenis kuki yang berbeza:

  • Kuki sesi tamat tempoh di akhir sesi anda (cth., apabila anda menutup tetingkap pelayar) dan hanya membenarkan penjejakan aktiviti anda semasa sesi ini
  • Kuki berterusan kekal disimpan pada peranti anda antara sesi dan membenarkan, sebagai contoh, menjejak tetapan atau aktiviti anda di beberapa laman web
  • Kuki pihak pertama ditetapkan oleh penyedia yang mana perkhidmatan dalam taliannya anda gunakan (cth., eBay)
  • Kuki pihak ketiga ditetapkan oleh penyedia selain daripada penyedia yang mana perkhidmatan dalam taliannya anda gunakan (cth., Adobe)

Suar web

Suar web (juga dikenali sebagai tag piksel atau GIF jelas) adalah imej grafik kecil yang digunakan berkaitan dengan penyediaan Perkhidmatan kami dan biasanya digunakan bersama kuki untuk menjejak penggunaan perkhidmatan dalam talian oleh penggunanya. Contohnya, apabila kami menghantar kepada anda e-mel, suar web membolehkan kami menjejaki sama ada anda membuka e-mel dan mengklik pautan untuk mengukur prestasi kempen dan menambah baik ciri.

Kit Pembangun Perisian

Kit Pembangun Perisian ("SDKs") adalah koleksi alat pembangunan perisian dalam satu pakej yang boleh dipasang, yang membolehkan pembangun pihak ketiga untuk bersepadu dengan aplikasi mudah alih kami untuk tujuan khusus (cth., pengesahan). Beberapa DSKs yang digunakan oleh eBay melibatkan pemindahan data ke peranti anda.

Teknologi yang serupa

Teknologi yang serupa termasuk objek dikongsi tempatan atau penyimpanan tempatan, seperti kuki flash, kuki HTML 5 dan kaedah perisian aplikasi web lain, kesemuanya menyimpan maklumat dalam pelayar atau peranti anda untuk menjejak aktiviti anda. Tambahan lagi, terdapat teknologi lain yang berfungsi tanpa penyimpanan tempatan pada peranti anda tetapi, sebagai contoh, menggunakan fungsi pelayar. Dalam konteks ini, satu 'cap jari' sistem anda dicipta yang bertindak sebagai pengenal pasti unik.

Teknologi ini mungkin berfungsi merentasi semua pelayar anda dan dalam sesetengah kes tidak diuruskan sepenuhnya oleh pelayar anda tetapi mungkin perlu diuruskan secara terus daripada aplikasi anda yang dipasang atau peranti anda.

1.2 Mengapa kami menggunakan teknologi ini?

Beberapa Perkhidmatan kami hanya boleh ditawarkan menggunakan kuki. Pada umumnya, teknologi ini membolehkan kami menjejaki tingkah laku pengguna anda dan mengenal pasti anda - malah merentasi peranti. Sila rujuk Notis Privasi Pengguna kami untuk maklumat lanjut mengenai data peribadi yang kami kumpulkan, termasuk melalui kuki, dan bagaimana kami memproses data ini.

Kuki yang digunakan berkaitan dengan Perkhidmatan kami menyediakan fungsi berikut:

Kuki pihak pertama

  • Kuki yang diperlukan untuk beroperasi
    Kami menggunakan kuki yang diperlukan untuk operasi Perkhidmatan kami. Ini termasuk teknologi yang membolehkan anda mengakses laman web, perkhidmatan, aplikasi dan alat kami, yang diperlukan untuk memantau kefungsian laman web, mencegah aktiviti penipuan, dan meningkatkan keselamatan, atau yang membolehkan anda menggunakan fungsi-fungsi kami seperti troli membeli-belah atau carian yang telah disimpan.

    Oleh kerana kuki ini diperlukan untuk menyediakan Perkhidmatan kami kepada anda, anda tidak boleh menolaknya.
     
  • Kuki analitik
    Kami menggunakan kuki untuk menilai prestasi Perkhidmatan kami.

    Lihat bahagian 3. Pilihan Anda untuk maklumat mengenai bagaimana anda boleh mengubah tetapan kuki anda.

Kuki pihak ketiga

  • Kuki pengiklanan
    Penyedia pengiklanan pihak ketiga menggunakan kuki untuk menyampaikan iklan yang disesuaikan mengikut minat anda. Ini termasuk menggunakan teknologi untuk menentukan sejauh mana iklan tersebut relevan untuk anda, iklan yang mana telah dipaparkan kepada anda, kekerapan iklan tersebut dipaparkan, bila dan di mana iklan tersebut telah dipaparkan dan jika anda telah bertindak balas dengan melakukan aktiviti – seperti mengklik pada iklan.

    Lihat bahagian 3.2 Teknologi yang digunakan untuk pengiklanan dan pemperibadian kandungan, pengukuran dan tujuan analitik di bawah bahagian 3. Pilihan Anda untuk mendapatkan maklumat tentang cara melaraskan tetapan anda.
     
  • Kuki media sosial
    Lihat bahagian 2. Penyedia perkhidmatan yang manakah bekerjasama dengan kami? di bawah.

2. Penyedia perkhidmatan yang manakah bekerjasama dengan kami?

Beberapa rakan kongsi kami menggunakan kuki, suar web atau teknologi yang serupa untuk menyampaikan kandungan yang disesuaikan mengikut minat anda, termasuk iklan, di dalam dan di luar pemilikan kami. Ini termasuk menggunakan teknologi untuk menentukan sejauh mana iklan itu relevan untuk anda, iklan yang mana telah dipaparkan kepada anda, kekerapan iklan tersebut dipaparkan, bila dan di mana iklan tersebut telah dipaparkan dan jika anda telah bertindak balas dengan menjalankan aktiviti – seperti mengklik pada iklan atau membeli item. Untuk tujuan ini, data boleh digabungkan dengan data yang telah dikumpulkan berkenaan minat anda.

Penyedia perkhidmatan yang bekerjasama dengan kami termasuk Meta dan Google:

2.1 Meta

Kami menghantar maklumat mengenai penggunaan perkhidmatan kami oleh anda, termasuk data peribadi tambahan mengenai anda, melalui Meta Pixel dan dengan menghantar data terus ke Meta melalui pelayan kami. 'Meta' menetapkan Meta Platforms Ireland Ltd., Block J, Serpentine Avenue, Dublin 4, Ireland, untuk pengguna di EEA, Switzerland dan UK, dan Meta Platforms Inc., 1601 Willow Road, Menlo Park, CA 94025, USA, untuk semua pengguna lain.

Penghantaran data ini membolehkan kami memaparkan iklan yang diperibadikan untuk anda di platform Meta, untuk mengukur keberkesanannya dan melaporkannya. Tujuan pemprosesan khusus dan penjelasan mengenai tanggungjawab privasi data yang berkaitan dijelaskan dalam Terma Alat Perniagaan Meta - dibuka dalam tetingkap atau tab baharu ('Terma Meta').

Berikut digunapakai hanya kepada pengguna di EEA, Switzerland dan UK: Setakat di mana kami bertanggungjawab sepenuhnya untuk pemprosesan data peribadi anda mengikut Terma Meta (iaitu, apabila Meta menyediakan perkhidmatan perbandingan, pengukuran dan analisis kepada kami), Meta secara eksklusif bertindak bagi pihak kami berdasarkan perjanjian pemprosesan yang berkenaan (yang digelar Terma Pemprosesan Data Meta - dibuka dalam tetingkap atau tab baharu sebagai tambahan kepada Tambahan Pemindahan Data EU Meta - dibuka dalam tetingkap atau tab baharu). Walau bagaimanapun, sekiranya kami dan Meta mengambilkawalan bersama untuk pengumpulan dan penghantaran data peribadi anda ke Meta (iaitu, khusus untuk pemprosesan data mengenai penggunaan perkhidmatan kami oleh anda untuk tujuan menyasarkan iklan kami, penambahbaikan dan pengukuran keberkesanan iklan kami), Meta akan kemudiannya memproses data tersebut sebagai pengawal bebas dan memegang tanggungjawab eksklusif.

Kami telah memasuki perjanjian Kawalan Bersama dengan Meta - dibuka dalam tetingkap atau tab baharu untuk menentukan tanggungjawab bersama untuk pemenuhan kewajipan privasi data berkenaan dengan pemprosesan bersama. Menurutperjanjian ini, ia adalah tanggungjawab Meta untuk memelihara hak subjek data berkaitan data peribadi yang disimpan oleh Meta di bawah perjanjian bersama. Ia adalah tanggungjawab kami untuk menyediakan maklumat di atas kepada subjek data. Dasar Data Meta - dibuka dalam tetingkap atau tab baharu mengandungi maklumat tambahan mengenai pemprosesan data peribadi oleh Meta, termasuk asas undang-undang pengendalian Meta dan pilihan untuk subjek data untuk melaksanakan hak mereka terhadap Meta. Sebagai contoh, anda boleh menarik diri daripada penggunaan piksel Meta dengan melog masuk ke akaun Meta anda dan menukar privasi atau pengiklanan anda mengikut arahan memilih keluar Meta.

2.2 Google

Kami menghantar maklumat mengenai penggunaan perkhidmatan kami oleh anda, termasuk data peribadi tambahan tentang anda, kepada Google. 'Google' menetapkan Google Ireland Ltd., Gordon House, Barrow Street, Dublin 4, Ireland, untuk pengguna di EEA, Switzerland dan UK, dan Google LLC, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, USA, untuk semua pengguna lain

Penghantaran data ini membolehkan kami memaparkan iklan yang diperibadikan untuk anda di dalam dan di luar pemilikan kami melalui produk pengiklanan dan platform pemasaran Google (produk pengiklanan Google, seperti Google Ad Manager, Google Ads), dan untuk mengukur keberkesanannya, dalam memilih dan menyediakan kandungan, untuk menyediakan laporan mengenai kandungan tersebut dan untuk mendapatkan pandangan mengenai kumpulan sasaran dan perkembangan produk. Anda boleh menemui maklumat tambahan dalam Dasar Peribadi Google - dibuka dalam tetingkap atau tab baharu dan penjelasan mengenai tanggungjawab privasi data dalam Terma Perlindungan Data Google Ads: Maklumat Perkhidmatan - dibuka dalam tetingkap atau tab baharu.

Google Analytics

Kami menggunakan Google Analytics, sebuah alat analisis Google untuk meningkatkan Perkhidmatan kami secara berterusan. Penggunaannya termasuk mod pengendalian Universal Analytics. Ini membolehkan penetapan data, sesi dan interaksi pada pelbagai peranti kepada ID pengguna nama samaran dan dengan demikian menganalisis aktiviti pengguna pada pelbagai peranti. Google Analytics menggunakan kuki yang disimpan pada peranti anda dan itu membolehkan kami menganalisis penggunaan Perkhidmatan kami oleh anda. Data yang dikumpul oleh kuki mengenai penggunaan Perkhidmatan kami (termasuk alamat IP anda) biasanya dipindahkan ke pelayan Google di AS dan disimpan di sana (lihat maklumat tambahan mengenai alamat IP terlindung di bawah bahagian ini).

Bagi pihak kami, Google memproses data ini untuk menilai penggunaan Perkhidmatan kami untuk menyusun laporan tentang aktiviti penggunaan dan untuk memberikan kami perkhidmatan lebih lanjut yang berkaitan dengan penggunaan Perkhidmatan kami. Alamat IP anda yang dihantar dalam konteks Google Analytics tidak akan digabungkan dengan data lain daripada Google.

Data yang dikumpulkan melalui Google Analytics akan dipadamkan selepas 14 bulan secara automatik. Data yang telah mencapai tempoh penyimpanan dipadamkan sebulan sekali secara automatik.

Anda boleh menghalang pengumpulan data melalui kuki Google Analytics dengan menyesuaikan tetapan pelayar anda dengan sewajarnya. Sekiranya anda menyahaktifkan kuki, anda mungkin tidak dapat menggunakan semua fungsi Perkhidmatan kami sepenuhnya. Tambahan lagi, anda boleh menghalang pengumpulan data yang berkaitan dengan penggunaan Perkhidmatan anda (termasuk alamat IP anda) melalui kuki Google Analytics dan pemprosesan data ini oleh Google dengan memasang plugin pelayaruntuk menarik diri daripada Google Analytics - dibuka dalam tetingkap atau tab baharu yang berikut.

Maklumat lanjut tentang Google Analytics boleh ditemui dalam terma penggunaan Google Analytics - dibuka dalam tetingkap atau tab baharu dan dalam dasar privasi Google - dibuka dalam tetingkap atau tab baharu.

Kami mahu memaklumkan bahawa di laman web kami, alamat IP anda telah dilindungkan sebelum dikongsikan bersama Google Analytics. Ini bermakna, sebelum alamat IP anda dihantar ke pelayan Google di AS, ia dihantar ke pelayan Google di EEA, di mana ia dipendekkan supaya ia tidak dapat dijejaki kepada orang yang khusus. Hanya setelah alamat IP dijadikan tanpa nama, iaitu alamat IP yang dipendekkan akan dihantar kepada pelayan Google di AS dan disimpan di sana.

Google Signals

Kami juga menggunakan Google Signals berhubungan dengan penyediaan Perkhidmatan kami. Ini ialah fungsi sambungan Google Analytics yang membolehkan penjejakan merentas peranti. Ini bermakna bahawa jika peranti didayakan internet anda dipautkan kepada Akaun Google anda, Google boleh menjana laporan tentang corak penggunaan (terutamanya trafik merentas peranti) walaupun anda menukar peranti. Sekiranya anda telah mengaktifkan tetapan 'iklan diperibadikan' dalam akaun Google anda, Google akan memproses data untuk tujuan ini. Dalam hal ini, kami tidak memproses data peribadi, kami hanya menerima statistik berdasarkan Google Signals.

Anda boleh menyahaktifkan penggunaan Google Signals pada bila-bila masa dengan memuat turun dan memasang "plugin" pelayar untuk memilih keluar Google Analytics - dibuka dalam tetingkap atau tab baharu. Ini akan mencegah pengumpulan data yang dijana oleh kuki dan yang berkaitan dengan penggunaan Perkhidmatan oleh anda (termasuk alamat IP anda) dan pemprosesan data ini oleh Google. Tambahan lagi, anda boleh menyahdayakan tetapan 'pengiklanan diperibadikan' dalam Akaun Google anda. Butiran boleh ditemui pada bahagian Bantuan Google tentang pengiklanan - dibuka dalam tetingkap atau tab baharu.

Google reCAPTCHA: Pencegahan akses secara automatik

Kami menggunakan Google reCAPTCHA ('reCAPTCHA') dalam penyediaan Perkhidmatan kami. reCAPTCHA digunakan untuk menyemak dan mencegah interaksi melalui akses secara automatik, contohnya melalui apa yang digelar bot (program komputer yang melakukan tugas secara automatik dan bebas). reCAPTCHA digunakan secara khusus untuk memeriksa sama ada input data yang berkaitan dengan Perkhidmatan kami (cth., dalam borang hubungan) dijalankan oleh manusia atau oleh program automatik. Untuk tujuan ini, reCAPTCHA menganalisis tingkah laku pengguna berdasarkan pelbagai ciri. Analisis ini bermula secara automatik sebaik sahaja pengguna berhubung dengan perkhidmatan dalam talian, cth., melawat laman web. Untuk tujuan analisis ini, reCAPTCHA menilai pelbagai maklumat (cth., alamat IP, tempoh lawatan pengguna ke perkhidmatan dalam talian atau pergerakan tetikus pengguna). Data yang dikumpul semasa analisis dimajukan kepada Google. Analisis oleh reCAPTCHA dijalankan secara keseluruhannya dalam latar belakang.

Anda boleh menemui butiran pada halaman Google tentang reCAPTCHA - dibuka dalam tetingkap atau tab baharu dan dalam Notis Privasi Google.

3. Pilihan Anda

Pilihan anda untuk penggunaan kuki yang berkaitan dengan Perkhidmatan kami akan bergantung pada tujuan kami menggunakan teknologi ini.

Berkenaan dengan penggunaan berkaitan pengiklanan atau teknologi berkaitan pemperibadian, anda mempunyai pilihan yang berikut:

Pengguna di Kawasan Ekonomi Eropah ("EEA"), Switzerland dan UK
Anda boleh mengunjungi halaman tetapan khusus - dibuka dalam tetingkap atau tab baharu kami untuk menentukan sama ada anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi yang serupa oleh rakan kongsi pihak ketiga kami untuk tujuan pengiklanan dan pemperibadian kandungan, pengukuran dan analitik. Menarik balik persetujuan: Anda juga boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa pada masa akan datang.
Menarik balik persetujuan anda
Semua pengguna lain
Anda boleh mengunjungi halaman pilihan pengiklanan - dibuka dalam tetingkap atau tab baharu (AdChoice) kami untuk menyesuaikan tetapan bagi penggunaan aktiviti eBay anda untuk tujuan pengiklanan disesuaikan.

3.1 Teknologi yang diperlukan untuk penyediaan Perkhidmatan kami atau yang berkaitan dengan prestasi

Jika anda ingin menyahaktifkan penggunaan mana-mana kuki – termasuk kuki yang diperlukan untuk penyediaan Perkhidmatan kami atau yang berkaitan dengan prestasi, anda boleh melakukannya dengan menggunakan tetapan dalam pelayar atau peranti anda, sekiranya ini disokong oleh pelayar atau peranti anda. Tetapan perlu dibuat secara berasingan untuk setiap pelayar yang anda gunakan. Anda boleh menguruskan kuki berasaskan pelayar anda dengan melaras tetapan pelayar peranti anda (cth., Chrome arahan untuk mengurus kuki berasaskan pelayar - dibuka dalam tetingkap atau tab baharu, Edge arahan untuk mengurus kuki berasaskan pelayar - dibuka dalam tetingkap atau tab baharu, Firefox arahan untuk mengurus kuki berasaskan pelayar - dibuka dalam tetingkap atau tab baharu, Internet Explorer arahan untuk mengurus kuki berasaskan pelayar - dibuka dalam tetingkap atau tab baharu, atau Safari arahan untuk mengurus kuki berasaskan pelayar - dibuka dalam tetingkap atau tab baharu).

Sila ambil perhatian bahawa anda mungkin tidak boleh menggunakan perkhidmatan eBay tertentu apabila anda menyahaktifkan kuki (cth., fungsi 'tambah item ke troli'). Anda juga mungkin perlu memasukkan kata laluan lebih kerap semasa sesi pelayar anda.

3.2 Teknologi yang digunakan untuk pengiklanan dan pemperibadian kandungan, pengukuran dan tujuan analitik

Pengguna di EEA, Switzerland dan UK

Anda boleh mengawal secara khusus - dibuka dalam tetingkap atau tab baharu sama ada rakan kongsi pihak ketiga kami boleh menggunakan kuki untuk menunjukkan iklan diperibadikan kepada anda. Ini hanya boleh dilakukan dengan persetujuan anda, yang boleh anda tarik balik pada bila-bila masa.

Jika anda memilih untuk tidak membenarkan rakan kongsi pihak ketiga kami menggunakan data peribadi anda untuk tujuan penyasaran iklan, ini tidak bermakna tiada iklan akan dipaparkan kepada anda. Ini bermakna bahawa iklan ini tidak akan diperibadikan untuk anda oleh rakan kongsi pihak ketiga kami melalui kuki.

Semua pengguna lain

Anda boleh menentukan di bawah AdChoice – Keutamaan Pengiklanan eBay - dibuka dalam tetingkap atau tab baharu, sama ada anda bersetuju dengan penggunaan pengiklanan berdasarkan aktiviti eBay anda. Anda juga boleh mencapai keutamaan AdChoice secara terus melalui pautan dalam iklan yang sepadan atau dalam pengaki laman web kami.

Anda juga boleh menyahaktifkan penggunaan mana-mana kuki pihak ketiga – cth., oleh rangkaian iklan dalam talian – dalam Perkhidmatan kami dengan menggunakan tetapan dalam pelayar anda atau tetapan dalam peranti anda, sekiranya ini disokong oleh pelayar atau peranti anda.

Tambahan lagi, anda boleh menemui maklumat tambahan mengenai kuki pihak ketiga berkaitan pengiklanan dan teknologi yang serupa dan bagaimana untuk mencegah penggunaannya di laman web berikut:

Jika anda memadamkan semua kuki pada peranti anda, sebarang kuki pilih keluar yang sudah ditetapkan juga akan dipadamkan, oleh itu, anda perlu mengisytiharkan semula sebarang pilihan keluar yang sudah diisytiharkan.

Was this article helpful for you?